Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 6 Oktober 2009

Kiasu Malaysian Driver...


ni nak citer pasal kereta gak, tapi bukan pasal minyak, tapi pasal Malaysian attitude bila ada kat jalan raya.. mcm yg aku citer ke sebelumni, aku ni baru je dapat dan pandai bawak keta, actually, dulu dah penah amik lesen, tapi disebabkan takut nak bawak keta mak bapak sendiri (takut calar beb.. nanti Queen Bee marah daa..) dan jugak aku pernah jadi superman kat jalan raya masa dulu-dulu.. (eksiden lah) aku cam phobia nak drive, meaning lesen aku tu bersih la utk 7 tahun yg berikutnya.. konon mcm pemandu berhemah la kan tak kena saman, padahal tak bawak langsung.. cehh!
masa tak drive, aku memang la co pilot tetap utk sesiape je yg bawak keta, suka dok depan.. bila dah kawen pun, jadi pemerhati tetap JPJ pada laki aku yg bawak keta tu supaya tak over speeding time aku ada.. dan juga utk mengingatkan dia jgn lupa bagi signal kalau nak ke kiri or ke kanan.. kengkadang orang suka ambil remeh benda kecik cam ni kan..
berbalik pada tajuk ni, aku nak berkongsi la pengalaman memandu yg tak seberapa sepanjang start drive balik ni.. memang menakjubkan.. tak sangka orang Malaysia ni banyak bakat dalam driving, boleh la nak kata in future time maybe akan ada ramai F1 drivers tu dari Malaysia.. Memang mengurut dada dibuatnya.. masuk lane main pancung, menyelit dengan kelajuan roket, style bawak menonong pun ada gak.. (menonong tu maknanya memang tak agak2, kalau dia rasa nak redah, dia redah je..). yang aku perhatikan, setiap kali sampai kat traffik light, time lampu dah kuning pakat pecut... tetiba je jadi laju.. walhal kuning tu utk bersedia berhenti, bukan bersedia speeding.. ada jugak, betul2 nak kona simpang, terus brek.. signal pun tak bagi.. nasib la aku ni jenis tak mencucuk keta org, dok jauh la gak, kalau tak, mau terlanggar anak orang tu..
laki aku pun skang kata aku lebih ganas menyumpah orang tak ikut peraturan ni berbanding dia.. well, nasib la.. orang2 yg mcm ni, membahayakan nyawa orang lain, specially yg follow the rules..macam aku ni heh heh..emo la pulak, tapi memang betul ponn..

Cuba baca berita kemalangan di seluruh Malaysia di URL ni..
http://awaskemalangan.com/berita
macam-macam citer pasal eksiden ada, most of it akibat kecuaianpemanu tuu sendiri.. ada orang kata, ala kalau nak mati tu atas katil pun leh mati... tapi sekurang2nya berusahalah untuk elakkan tragedi macam ni berlaku..
Ingat, hormatilah undang-undang.. bukan saja2 je cipta, tapi nak elakkan dari kehilangan nyawa dengan cara yg tragissss...

http://www.miros.gov.my/
http://www.llmnet.gov.my/
http://www.jkjr.gov.my/

meh tengok url ni...
http://hikmatun.wordpress.com/2009/09/07/20-gambar-kemalangan-pelik-dan-ngeri/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan