Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 7 Oktober 2009

Pagi-pagi dah kenyang..


Alhamdulillah.. hari ni pagi2 sampai kat opis lapar giler.. api tiba2 ada caterer dtg anto nasik himpit, rendang and pulut kuning.. ada opis mate blanjer raya n doa selamat yg dia dah pregnant, apa lagi,kami sume pun mem'pregnant'kan diri sendiri dgn juadah yg best2 tu ler.. Syukur la dapat makan senang kat M'sia ni, gempa pun takde g setakat ni, cuma rasa gegar sket2 je.. tu pun dah cuak sume kan?, agak2nya org2 di Padang kat Indon tu makan ke tidak sekarang..
K.. jgn ingat nak mulakan hari perut je nak kenyang, otak pun nak kenyang gak.. so pagi2 tadi aku degar la ceramah Muqaddimah kat TV9 tu.. Ustad dia pun hensem kan so segar la sket mata pagi2 ni.. hahahahaha laki aku tau mampuss..heh heh gurau jer.. topik motivasi pagi ni ialah macam mana nak kawal sifat marah... Kalau sebut pasal marah, sume org pernah marah.. kecuali Rasul2 dan Nabi2 je yg leh telan rasa marah tu kan.. ha.. tapi kita ni pun kena gak blajar kawal marah. Antaranya, kalau nak marah mula2 sekali Istighfar banyak2... recite Auzubillahiminasshaitonirrajim.. maka berterbangan lah setan2 yang baru nak bersarang dlm badan tu.. yg kedua, ustad tu kata, kalau nampak orang tu cam nak start marah2.. suh dia duduk.. kalau laki bini gaduh pun suh duduk gak.. kalau duduk pun tak jadi apa.. baring la.. kan? ha tapi bab baring2 ni ustad tu kata laki bini jeyg leh buat yg lain tak bley, nanti konfom 'berdamai'.. hahahahaha.. hampeh ustad ni..
Pas tu ustad tu suh, kalau tak leh jalan gak, g la amik wudhuk.. syaitan ni sifatnya api, begitu jugak perasaan marah ni.. so kalau dah kena air wudhuk tu, sejuk la sket hati yg panas tu.. nak lagi bagus, buat solat sunat dulu, kalau siang buat la Dhuha, mlm buat la Witir.. kan baik tu, dari nak marah terus dapat pahala.. haa.. camtu la serba sedikit..
Masa makan tadi, adalah sorang staff ni, dia suka general knowledge and sort of walking ensiklopedia la. Tadi kitorang sembang pasal Piramid.. ha.. Piramid yg cam kat Egypt tu.. bukan Sunway Piramid tau.. rupa-rupanya dalam dunia ni piramid kat Bosnia pun ada.. sah aku ni ketinggalan zaman.. semenjak kawen ni jarang tgok National Geographic.. Astro? 'Mem Besar' dalam rumah dah kongker tgok AF dan yg seangkatan dengannya.. ahaks... Kagum plak rasanya.. Cantik plak tu rupe piramid ni.. berpokok2 menghijau.. kalau tak caya leh tgok gambar yg aku attached kat sini https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEheL_tXMJbdMawzBv5msSmJ4jayTOIAaJlTURCjhngN7ZZ1R7v7HLc7bCNwXOD_2Zx-FHQ_Ahs_Y8l0vTD8kkgBPkdtKralV3m-I4zt2XKHSA866vSorfD1ihBspvzawlrBWpLAK6X0csc/s1600-h/pyramidbosnia555.jpg
rupa-rupanya diorang dah jumpa piramid ni on 2006 lagi.. tingginya lebih 2000m! cam gunung la plak, berbeza cam yg kat Egypt tu...panas dan berpasir.. Kalau difikirkan, mcm mana la org dulu2 boleh bina monumen yg besar2 mcm ni? Ada teori yg menyatakan ada aktiviti ET yg buat benda2 ccam ni? Ikut logik, manusia mana boleh buat seperti Giza tu, jalinan 3 piramid Giza yg terdiri dari Piramid Firaun, isteri dan anaknya, terletak dengan koordinat yang sama dgn bintang Leo di langit, yang terletak di sebalik Matahari.. Kebetulan atau memang betul? kita tak tahu, sehingga kini, saintis2 dan ahli2 arkeologi pun tak dpt tentukan lagi siapa yg bina piramid2 ni semua..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan