Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 6 Oktober 2009

hai la minyak....


masuk ari ni dah 25 hari aku dpt keta baru.. and stat balik bawak kete.. nebes siut, minggu pertama bawak berpeluh2 dibuatnya time drive keta, tapi alhamdulillah skang dah okey. Dalam tempoh ni pun aku blaja isi minyak, pam tyre and benda2 yg patut tau bila dah ada kete.. ye la, kang tamik tau, sedar2 reput je kete tu..
neway, bukan nak citer pasal dapat keta baru pun, memandangkan aku ni dah bawak keta skang, time ni jugak le minyak keta dah tukar ke ron 95 dari ron 91..ron 97 lak naik rega.. ape ke bendanya ron tuh? ramai member opis kate ron 95 tak bagus, ron 97 ni buat enjin pick up.. iye ke? entah la. aku yg taktau pape ni dengar je la berdiskus.. aku pun dengan inisiatif sendiri p la search kat internet..nak tanya malu plak heh heh.. skang kat zaman informasi global, taip je kat searh engine, dapat la segala yg kita nak..
berbalik pada kisah si ron tu tadi.. ron ni maknanya Research Octane Number..dalam BM nya.. cari la sendiri.. ron 91 ni biasa2 je prestasinya, plus dia adalah minyak berplumbum (leaded oil) so, secara tak langsung menyumbang dengan banyaknye pada penceamran udara kat bumi ni.. ron 95 plak unleaded oil, pembakaran sesuai utuk most engine keta yg ada, dan had been used widely at Europian country sana, yg ni mesra alam.. ron 97 lak sesuai utk engine berkapasiti 3000 cc dan ke atas... yg ni dipanggil minyak super premium..
jadi, betul ke ron 97 ni better than ron 95? secara theoricallynya memang aa, tapi secara praktiknya, tak ponn.. ron 95 stesen minyak A mungkin lebih baik dari ron 97 stesen minyak B.. haaa..? tak pecaya? percayalah.. sebab nisbah membancuh minyak ni tak sama antara stesen ke stesen (what i mean is between Petronas, Caltex, BHP, Esso dsb).. diorang ni ada formula diorang sendiri utk pastikan minyak diorang lebih power.. macam mana nak tau, cuba la variasi minyak tu, jgn tersumbat moncong minyak diesel sudah la.. nombor tu pulak menunjukkan nisbah bancuhan penthana dan gasoline dalam minyak petrol tu, let say ron 95, maknanya ada 95% adalah gasoline, 5% penthana.. gitu jugak le dengan ron 91, ron 97.. jadi.. pakai la minyak yang sesuai ngan keta masing2.. agak2 kalau bawak keta 3000cc tu jgn la pakai 95 plak.. tersedak2 keta tu kang....
rasa-rasa nak tau lebih lanjut, sila lah ke url ni:
http://wiki.answers.com/Q/Difference_between_RON_95_and_RON_97
http://imdavidlee.com/try-it-out-new-cheaper-petrol-ron95/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan