Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 29 Disember 2009

It's been a while since the last day i've wrote something in this blog.. hurm.. quit occupied within this few weeks, but I'm back.. heh heheh.. poyonye, lama gak ek, rasanya ada dalam 2 bulan kot, sampai dari kucing aku bunting, skang dah beranak dah, 3 ekor, comel2 plak tu.. tuannye yang tak ber anak-anak lagi.. ala blom de rezeki, watpe nak kecoh kan? neway bukan pasal tu nak ngomel ni.. sepanjang tak menulih dalam ni, aku belajo satu lagi benda baru yg sume org dalam alam fana ni aku rasa dah banyak dah tau.. - FB - ha tu la.. dah bangka baru nak start.. semuanya bermula di suatu hari.. sebelum ni kat opis aku ni admin blok dari bukak web2 tertentu, so tak la dpt access ke FB. ada satu minggu tu, entah mengape, admin or it punya org dah terbuka ip address utuk blok ni and for the whole wek aku dok ngadap FB tu,.. selama ni aku rasa macam dah tak tau mana kawan2 aku dah pegi, tetiba rasa cam .." eh! kera sumbangnya aku ni? rasa nak lempang2 muka sendiri".. tapi tak buat pon.. orang gila pun tak lempang muka sendiri.. dia lempang muka orang lain.. macam yan terjadi kat kawan aku di petaling street.. insiden dilempang orang gile, that was around 5 years back.. kekeke... berbalik pasal FB tadi.. sume manusia yang bergelar sahabat aku masa sekolah, dari kecik sampai la dah bangka ni, bersepah dalam tu.. yg terputus hubungan tetiba dah tersambung balik.. org kata, layan FB ni lama2 bleh ketagih.. hurmm ye ke? pada aku terpulang la kan, kalau dah sah2 ko ni cam takde kawan yang 3d kat alam maya ni, bleh la kot layan FB tu 24 - 7. hari tu aku terbaca satu artikel sort of kajian dari satu legal firm kat US, katanya.. salah satu sebab utama orang bercerai ialah disebabkan FB.. sebabnya, partner masing2 boleh search and detect sesama sendiri sape kawan2 partner tu, apa aktiviti depa buat dan sebagainya lagi.. tu la yang payahnya manusia ni.. bila cipta satu2 benda, paling tidak ciput mesti terpesong dari landasan keretapi nye.. eh?! bukan landasan keretapi, landasan norma2 kehidupan yang betul... dan norma ni takdak kena mengena dengan prof norma yang pernah mengajar aku masa kat UM dulu.. tu la namanya manusia kan? Tapiskang kat opis ni dah tak bley bukak Fb lagu dan yg seangkatan dengannya, coz admin or IT person in charge dah on balik program memblok laman2 web yang seangkatan dengan FB ni.. takpe aaa, kat umah pun ada, cuma b4 this malas nak ngadap .. sempat gak aa aku layan citer papadom, jagan pandang belakang congkak, dan yang terbaru tersuka plak tengok siri adventure young warlock -Merlin .. skang tayang kat TV3, Ahad 9mlm.. layan je..
Dalam masa aku tak berkarya dalam blog aku ni jugak, aku berkenalan dengan seorang cekgu yang mengajo STPM di Perak.. asal perkenalan bermula disebabkan oleh kucing2 kat umah aku yang dah bertambah ramai tu la.. rumah aku ni kecik and umah jiran rapat2, so tak sesuai la nak bela kucing ni.. (tu la dulu dah larang dari dia nak menggatai, nak juga haa skang dah berderet2 kat umah tu, aku gak yg jaga).. so rasa cam nak buang la anak2 kucing ni, tak larat nak membelanya, koyak poket yop!.. abeh tu aku ni masuk la dlm web or blog peminat2 kucing, spca utk promote sapa nak amik kucing aku for free.. alih2 akak ni la yg menjadi org pertama yg bertanya, tup2 tengok dok kat parit buntaq tu.. nun dia punya jauh.. abeh camno? tak dapek la nak menganto nye.. start dari situ bermula la persahabatan kami di alam maya ni, semuanya bermula dari pasal kucing bertuah tu.. last2 kucing tu tak buang pun... yang bestnya bertambah lagi satu kawan aku di alam fana cinta ni.. :)

1 ulasan:

  1. akhirnya jaga juga kucing2 tu ya...
    bagus2...
    dh iklan dalam blog pasal kucing2 tu, x tau ada org tgk ke x.
    Apa2 pun doa dari kami semoga dimurahkan rezki aminnn

    BalasPadam